Martinez mengemudi Portugal buat kali pertama dalam jadual antarabangsa bulan ini bagi menggantikan Fernando Santos yang mengundurkan diri selepas Piala Dunia di Qatar.
Bekas jurulatih Belgium itu telah memastikan kemenangan 4-0 dan 6-0 ke atas Liechtenstein dan Luxembourg bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan positif.
Ketua pasukan tersebut menyumbangkan gol berganda dalam dua perlawanan dengan mendedahkan kewujudan nafas segar dalam kem itu menerusi idea dan mentaliti berbeza di bawah kendalian Martinez memberi
Di sebalik permulaan yang positif, Fernandes berpendapat ia sebenarnya bukanlah penilaian tepat.
“Tidak, ia hanya berkisarkan jurulatih baru dengan idea baru,” kata pemain tengah Manchester United itu kepada RTP3 selepas membenam Luxembourg semalam.
2 jogos, 2 vitórias! Objetivo cumprido. Feliz por ter contribuído para este início muito positivo da nossa seleção. Vamos!???? pic.twitter.com/mLmlAVGFiU
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) March 26, 2023
"Tiada langsung nafas segar. Ia hanya tempoh peralihan.
"Suasana dalam pasukan kebangsaan sentiasa baik.
"Tidak pernah ada apa-apa yang tidak baru jadi saya fikir ia hanya mengenai dinamik baru, jurulatih baru dan anda perlu menterjemahkan ideanya."