Bekas penjaga gawang Manchester United, David De Gea, menerima kunjungan daripada kapten The Red Devils, Bruno Fernandes, yang juga merupakan bekas rakan sepasukannya dahulu.

De Gea masih tidak mempunyai kelab selepas menolak untuk menandatangani kontrak baharu bersama bekas majikannya itu.





Dengan prestasi United yang masih terumbang-ambing dalam saingan liga, kehadiran De Gea dilihat mampu memberikan saingan kepada Andre Onana selaku penjaga gawang utama.