Manchester United membuktikan mereka memerulakan lebih daripada satu pramusim untuk sekali lagi menjadi kuasa besar selepas era Erik ten Hag sebagai pengurus bermula dengan kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada Brighton and Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (English Premier League) sebentar tadi.

Suasana di United kelihatan bertambah baik sejak tamat pramusim, namun persembahan mereka jauh daripada apa yang telah dipamerkan sebelum ini.

United bergelut dengan corak permainan lancar Brighton dan pelawat berhak memperoleh dua gol di separuh masa pertama hasil jaringan Pascal Gross.

Cristiano Ronaldo -- yang berada di bangku simpanan ekoran belum di tahap kecergasan yang optimum -- hadir ke dalam perlawanan pada separuh masa kedua dan jaringan sendiri Alexis Mac Allister mengurangkan defisit jaringan namun Brighton mengawal kelebihan untuk memperoleh kemenangan pertama mereka di Old Trafford.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi EPL menyaksikan United ditewaskan 4-0.