Skip to main content

Bola Sepak

Bola Sepak Pekak Dunia: Pesta gol Jerman sukar disekat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ketua-jurulatih-jerman,-frank-zurn.jpg
Hasrat Malaysia untuk bangkit dalam Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia 2023 tidak kesampaian apabila tewas kepada Jerman dengan keputusan 8-0 dalam aksi kedua peringkat Kumpulan A.

Jerman terlebih dahulu di depan menerusi jaringan cantik Marc Eisenberg pada minit ke-24 dalam aksi yang berlangsung di Um Arena, hari ini. 

Steven Nowark kemudian menjadikan kedudukan 2-0 menuju rehat babak pertama selepas menyudahkan sepakan penalti.

Anak buah Frank Zurn makin selesa dan Eisenberg meletakkan wakil Eropah itu di depan 3-0.

Kelekaan benteng Deaf Tigers terus dihukum dengan jaringan keempat, juga menerusi sentuhan penyudah Nowark pada minit ke-51 sebelum Tobias Berg menggembirakan pelawat dengan jaringan kelima pada minit ke-63.

Nowark cemerlang dengan ledakan hatrik pada minit ke-78 sebelum Eisenberg mengubahkan kedudukan 7-0 pada minit ke-86 dan pesta gol Jerman ditutup dengan gol kelapan daripada Nowark sebelum wisel penamat dibunyikan.

"Kami terlalu ghairah untuk mendapatkan gol dalam separuh masa pertama tetapi tidak pandai kawal rentak permainan. 





"Setiap pergi kali hilang bola sahaja, memang meluru tapi saya pesan supaya kekalkan posisi dan apabila lawan datang baru beri tekanan," kata ketua jurulatih negara, Haris Lajid.

"Malaysia beraksi dengan mengagumkan dan berteknikal ketika bertemu Amerika Syarikat. Kami mendapati Malaysia cenderung dengan rentak futsal tapi kali adalah bola padang. 

"Selepas gol kedua, (mental pemain) Malaysia mula runtuh," kata ketua jurulatih Jerman, Frank Zurn.

 

Advertisement

Must Watch Video