Brunei ujian pertama -- biarpun ramai yang mempersoalkan, kenapa Brunei sebagai pilihan untuk menggantikan Myanmar, ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon tetap melihat pilihan ini mampu memberi input buat anak buahnya.

Penggerak ujikaji Pan-gon malam ini, Syamer Kutty Abba menegaskan mereka bersedia sepenuhnya dengan apa jua rangkaan 90 minit.

"Secara peribadi, banyak maklumat yang telah diberikan jurulatih dan ini merupakan persiapan yang bagi kami walaupun kekurangan masa. Kami akan cuba melakukan yang terbaik mengikut corak permainan yang telah ditetapkan," katanya.

Tegasnya, pemerhati bola sepak negara boleh menggambarkan corak permainan baru dengan mengaitkan corak latihan berbeza dalam tempoh seminggu bersama kem negara.