Pemain import Negeri Sembilan, Bae Beom-geun, tidak menolak jika diberi peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa depan.

Pemain tengah menyerang kelahiran Korea Selatan itu mula mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga-M) bersama ATM pada 2017 termasuk Petaling Jaya City.

Namun, dia sempat berkelana kelab Slovakia, SKF Sered, dengan beraksi empat perlawanan musim lalu.

Biarpun sudah lama meninggalkan Korea demi cita-citanya, pemain berusia 28 tahun itu mahu beraksi di peringkat tertinggi dalam keriernya.

Melihat kepada perkembangan skuad Harimau Malaya yang kini lebih terbuka dalam soal pemain naturalisasi, Beom-geun tidak menolak perkara itu jika diberikan peluang pada masa hadapan.




"Saya ada terlintas mengenai peluang menyarung jersi Malaysia selain sekiranya penyokong Malaysia mahu melihat saya beraksi.

"Lagipun saya gembira sepanjang berada di sini.

"Saya mampu bermain di beberapa posisi; penyerang, pemain tengah mahupun bertahan. Saya sentiasa menyerlah," katanya.

Tapi fokus misi peribadinya ketika ini ialah membantu Hoben Jang Hoben ke Liga Super musim depan.

Negeri Sembilan menguasai tangga kedua Liga Perdana, satu mata di belakang peneraju, Sarawak United dalam perebutan tiket Liga Super.