Louis van Gaal menegaskan "ia hanya akan menjadi lebih baik" untuk Belanda setelah mengubah gaya dalam kemenangan kelayakan Piala Dunia 6-1 ke atas Turki di Amsterdam awal pagi tadi.

Memphis Depay menjaringkan hatrik pertama di pentas antarabangsa dan disertai oleh Davy Klaassen, Guus Til dan Donyell Malen selaku penjaring dalam kemenangan penuh bergaya buat skuad Belanda.

Netherlands membuka jaringan seawal 54 saat dan mendahului tiga selepas perlawanan melewati 38 minit waktu permainan, tempoh paling pantas mereka mendahului 3-0 dalam perlawanan kompetitif dalam dekad ini.

Turkey kehilangan khidmat Caglar Soyuncu yang dilayangkan kad merah sebelum tamat separuh masa pertama dan mendapat jaringan saguhati menerusi Cengiz Under, namun ia adalah kekalahan terbesar sejak tewas 8-0 kepada England pada 1984.

Oranje hanya menang dua dan seri satu daripada tiga perlawanan sejak van Gaal mengambil alih tempat Frank de Boer dan menghasilkan 11 gol, dan van Gaal menyaksikan masih terdapat ruang untuk diperbaiki.

"Sekiranya anda menang 6-1, anda boleh mengharapkan pusingan kehormatan," katanya kepada NOS. "Inilah sebab saya kembali bersama skuad kebangsaan.

"Saya cuba menunjukkan visi saya kepada pemain. Saya melakukan banyak perkara yang dikehendaki oleh pemain. Saya mengatakan selepas perlawanan Norway dan Montenegro bahawa mereka adalah pasukan yang hebat, dan saya mengatakannya lagi sekarang.

"Pasukan telah menampilkan permainan yang cemerlang sepanjang perlawanan, sesuatu yang tidak normal. Jaringan pertama agak bernasib baik, kami tidak cubanya dalam sesi latihan.

"Saya bercakap pasukan yang gembira. Saya telah melepasi halangan pertama dan gembira mengenainya. Mulai sekarang, ia akan bertambah baik. Kami agak cuai ketika mengawal permainan."