Bekas pemenang Piala Dunia dan pemain kebangsaan Perancis, Blaise Matuidi, mengumumkan persaraannya pada usia 35 tahun.

Pemain tengah itu, yang tidak bermain tahun ini selepas diketepikan daripada senarai Inter Miami, secara rasmi menamatkan kariernya sebagai pemain.

Bintang veteran dengan 84 penampilan bersama Les Bleus itu merupakan sebahagian daripada skuad bimbingan Didier Deschamps ketika menjuarai Piala Dunia 2018, di mana dia memulakan empat daripada keseluruhan perlawanan meraka, termasuk ketika menewaskan Croatia 4-2 dalam aksi final.

Dalam satu kiriman sosial media, bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) dan Juventus itu bercakap mengenai impiannya yang sudah terlaksana dan berterima kasih kepada seluruh peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.

"Bola sepak, saya amat mencintai anda," tulisnya.

"Bola sepak, anda telah memberikan saya segalanya tetapi ini adalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Saya telah mengecap impian saya sejak kecil, impian saya sebagai lelaki dewasa.

"Ia dengan penat lelat tetapi ia juga dengan penuh kebanggaan apabila saya menutup bukunya hari ini."