Perlawanan Battle Of The Reds menyaksikan legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada Lagenda Liverpool dengan jaringan 4-2.

Djibril Cisse terlebih dahulu meletakkan The Reds di hadapan pada minit ke-15 sebelum pemain kegemaran ramai, Dimitar Berbatov, pantas kembali menyamakan kedudukan selepas menewaskan bekas penjaga gawang England, David James.

Sebelum tamat separuh masa pertama, The Red Devils berjaya mendahului jaringan dengan dua gol sebelum menuju ke bilik persalinan.

Kesilapan pertahanan Manchester United sekali lagi dihukum apabila menghadiahkan dua sepakan penalti dalam tempoh yang singkat.

Bekas pemain kebangsaan Ireland, Phil Babb, mudah menyempurnakan jaringan keempat hasil serangan balas yang dilakukan oleh pasukan Liverpool pada minit ke-76.

Walaupun bermain dalam keadaan hujan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang sangat memukau sekali gus menggamit memori buat penyokong yang hadir apabila dapat menyaksikan lagenda-lagenda ini kembali beraksi setelah sekian lama.