Bekas pemain Bayern Munich itu menyertai pasukan Manchester United pada tahun 2015 dengan merekodkan penampilan sebanyak 35 perlawanan bersamaan 2,071 minit permainan sambil mengumpul dua gol ketika mewakili kelab itu.
Nah, this is sad. Schweinsteiger narrating how John Murtough stopped him from entering the dressing room on Mourinho's order.
— UF (@UtdFaithfuls) April 18, 2024
Even Gary Neville was speechless and couldn't believe it. ?
[@WeAreTheOverlap]pic.twitter.com/YE7ctOGshc
Dalam sesi wawancara bersama lagenda United, Gary Naville, Schweinsteiger memberitahu bahawa Jose tidak menyukainya dan menghantar dia ke pasukan bawah 23 tahun skuad The Red Devils dari berlatih bersama pasukan utama.
“Pengarah bola sepak, John Murtough, menghalang saya dari memasuki bilik persalinan di pusat latihan United di Carrington tanpa sebarang sebab dan berkata ia merupakan arahan dari ketua jurulatih, Jose Mourinho," katanya.