Ansu Fati, Gavi dan Nico Williams, kesemuanya menemui sasaran untuk Sepanyol mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Jordan dalam aksi persahabatan terakhir menjelang Piala Dunia Qatar bermula hujung minggu ini.
Barisan bimbingan Luis Enrique itu menguasai penuh perlawanan di Amman awal pagi tadi dan Fati, 20, terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-13.
Gavi, 18, kemudian menghasilkan penyudah cantik pada minit ke-56 sebelum Williams, 20, menjaringkan gol ketiga Sepanyol pada lewat permainan.
Walaupun Jordan memperoleh gol saguhati menerusi sentuhan Hamza Al Dardour pada lewat permainan, Sepanyol kini mencatatkan lapan kemenangan daripada 11 perlawanan terakhir sebelum membuka kempen Piala Dunia dengan berdepan Costa Rica dalam saingan Kumpulan E pada Khamis depan.
Ia pasti akan menjadi kempen tumpuan buat penyokong mereka selepas gagal melepasi pusingan 16 dalam kesemua edisi kejohanan itu sejak 2010.
? ¡¡FINAL, FINAL, FINAAAAAL EN AMÁN!!
— Selección Española de Fútbol (@SEFutbol) November 17, 2022
La @SEFutbol se va de Jordania con una victoria bajo el brazo y buenas sensaciones de cara al debut en el @fifaworldcup_es.
⚽️ @ANSUFATI (13')
⚽️ Gavi (57')
⚽️ @willliamsssnico (84')
?? ? ?? | 1-3 | 90+2’#VamosEspaña | #Catar2022 pic.twitter.com/GfSfbWYF8D