Bekas penolong jurulatih Barcelona, Robert Moreno, tidak meragui gergasi LaLiga itu mahu sekali lagi menandatangani Neymar.

Neymar telah dikaitkan dengan perpindahan semula ke Nou Camp, selepas berhijrah ke Paris Saint-Germain pada 2017.

Moreno, penolong jurulatih di Barca ketika pemain skuad kebangsaan Brazil bersama The Catalans, mengetahui kelab itu mahukan Neymar kembali.

"Saya mahu menandatangani semula Neymar untuk Barcelona," kata jurulatih Monaco itu.

"Barcelona perlu memiliki pemain terbaik dunia dan Neymar adalah salah seorang daripadanya.

"Tambahan lagi, dia mampu menghidupkan permainan. Itu saya pasti mengapa mereka memerlukan Neymar."

Moreno mengambil alih tugas sebagai pengendali Monaco Disember tahun lalu, dan pasukannya menamatkan saingan di tempat kesembilan musim ini selepas saingan ditamatkan ekoran pandemik koronavirus.

Perasaan pengendali kelahiran Sepanyol itu bercampur baur dengan keputusan tersebut.

"Kami kurang bersetuju dengan kedudukan ini dan terlepas saingan Eropah.

"Namun ia memberikan kami peluang untuk membuat persiapan yang lebih awal menjelang pembukaan musim baru pada penghujung Ogos nanti."