Gergasi LaLiga itu bekerja keras untuk menurunkan bil gaji mereka di sebalik masalah kewangan yang dipengaruhi situasi wabak COVID-19.
Dalam satu kenyataan semalam, Barca mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan secara prinsip dengan pemain mereka.
Seiring dengan simpanan €122 juta, mereka juga mengatakan beberapa pembayaran bernilai €50j (RM243.4j) ditangguhkan untuk jangka masa tiga tahun.
"Perjanjian yang akan dimeterai ini boleh menjadi titik tolak untuk kami menangani situasi ekonomi semasa," kata kelab itu.
❗ Joint statement from the FC Barcelona salary negotiation table
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 27, 2020
ℹ The details: https://t.co/KQlUFUnbRc
Perjanjian itu sedang menunggu pengesahan muktamad daripada pemain dan jurulatih dalam masa beberapa hari lagi.
Barca dipercayai mempunyai salah satu tangga gaji tertinggi di Eropah yang menyaksikan pemain seperti Luis Suarez, Ivan Rakitic dan Arturo Vidal terpaksa dilepaskan dalam jendela perpindahan lalu.
Pasukan bimbingan Ronald Koeman itu bergelut di tangga ke-13 LaLiga dan akan berdepan Osasuna malam esok.