Edouard Mendy sepatutnya dalam senarai pendek Ballon d'Or, tetapi Thomas Tuchel berharap ia tidak akan mengganggu tumpuan penjaga gol Chelsea itu.

Pemain antarabangsa Senegal itu mencatat sembilan gol rekod bersih dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) untuk Chelsea musim lalu -- catatan tertinggi dalam kejohanan berkenaan iaitu setinggi 91.2 peratus untuk seorang penjaga gol yang beraksi sekurang-kurangnya enam perlawanan dalam kejohanan kelab utama Eropah edisi 2020-21 berkenaan.

Dalam masa sama, rakan sepasukannya di kem The Blues yang terdiri daripada Cesar Azpilicueta, Jorginho, N'Golo Kante dan Mason Mount dinobatkan dalam senarai pendek 30 pemain untuk Ballon d'Or tatkala Mendy tersisih.

Begitupun, dia menghasilkan persembahan yang layak mendapat pengiktirafan dunia itu dalam kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Brentford, awal pagi tadi, dengan menyelamatkan enam percubaan berbahaya lawan, sekali gus memperoleh catatan bersih ke-20 dalam kesebelasan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang ke-38.

Tuchel percaya Mendy seharusnya tercalon untuk merebut gelaran individu terulung dalam bola sepak itu, tetapi dia tidak perlu terlalu gusar tidak tersenarai sambil menganggap anak buahnya tersebut juga harus begitu.





Ketika ditanya apakah Mendy patut dalam senarai pendek, Tuchel memberitahu sidang akhbar: "Ya, tetapi saya gembira dan lebih penting dia beraksi seperti ini berbanding disenaraikan dalam sebarang anugerah sekalipun.

"Saya harap ia tidak mengganggunya memandangkan ia tidak terlalu mengganggu saya malah tidak dipengaruhi sama sekali, ia bagus.

"Saya fikir kami semua wajar disenaraikan kerana kami memenangi trofi sebagai sebuah pasukan dan jika kami mempunyai lima atau enam nama, saya berasakan bahawa kami patut memenanginya dengan jumlah 21 pemain kerana semua pihak memainkan peranannya. Begitulah bola sepak berfungsi.

"Hari ini kami amat bergantung kepadanya. Dia adalah seorang pemain seadanya dan semua orang sangat gembira bagi dirinya kerana membantu kami. Jadi segalanya baik."

Aksi tangkas Mendy itu muncul pada 20 minit terakhir ketika kelab yang berpangkalan di London itu bertahan untuk membawa pulang mata maksimum selepas jaringan padu Ben Chilwell dalam separuh masa pertama.

Antonio Rudiger, yang tidak dapat diturunkan ekoran keederaan ketika mewakili Jerman ketika rehat antarabangsa, sejurus kemenangan The Blues itu menulis di media sosial dengan mempersoalkan mengapa Mendy tiada dalam senarai Ballon d'Or'.