Gareth Bale yakin Carlo Ancelotti bakal 'cemerlang' selepas kembali ke Real Madrid buat kali kedua, namun pemain kebangsaan Wales itu menjelaskan dia tidak akan mendedahkan masa depannya selepas berakhirnya Euro 2020.

Ancelotti kembali ke Santiago Bernabeu menggantikan Zinedine Zidane, meninggalkan Everton untuk mengendali gergasi LaLiga itu buat kali kedua di mana dia bersama pasukan itu dua tahun sebelum ini.

Bale merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi Liga Juara-Juara (UCL) di bawah kendalian pengurus kelahiran Itali itu pada 2014, menjaringkan gol kedua Real ketika menewaskan Atletico Madrid 4-1 dalam aksi final bagi memastikan 'La Decima'.

Bagaimanapun, penyerang itu hilang tempat di bawah bimbingan Zidane dan menikmati musim 2020-21 dipinjamkan ke Tottenham, meledak 16 gol dalam 34 penampilan semua pertandingan.

Masa depannya kekal tidak jelas bersama Los Blancos, namun di sebalik bekas pengendali yang membimbing pasukan.

"Dia kembali ke Real Madrid dan dia seorang yang hebat," kata Bale mengenai Ancelotti dalam temu bual dengan Sky Sports.

"Kami menikmati hubungan yang baik di Real Madrid dan saya yakin dia akan cemerlang sekali lagi di sana.

"Saya bercakap dengannya ketika kami bermain Everton pada awal musim, kami masih lagi mesra dan telah berbual.

"Namun saya masih belum lagi memutuskan masa depan saya, saya kekal fokus untuk menghadapi Euro. Saya akan menyelesaikan selebihnya selepas tamat Euro."


Wales bertemu Albania dalam aksi persahabaan sebelum memula saingan Euro 2020 bertemu Switzerland pada 16 Jun. Mereka turut berada dalam kumpulan sama dengan Turki dan Itali.