Penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ghani memuji penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dalam setiap perlawanan saingan liga musim 2024/2025 ini.

Namun, dia juga merasa cukup mencabar sebagai pemain untuk mengelakkan daripada melakukan perkara yang boleh merugikan pasukan ketika perlawanan.

"Bagus untuk ada VAR dalam bola sepak kita.

"Sebagai pemain, sangat mencabar untuk kami dan perlu elak melakukan perkara yang merugikan pasukan kita," kongsi Azri.

Dalam pada itu, Azri juga berkongsi tentang persaingan di antara penjaga gol baru Hafizul Hakim ke dalam pasukan menggantikan Kevin Mendoza yang berhijrah ke kelab Indonesia, Persib Bandung.

"Tiada masalah untuk bersaing dengan Hafizul kerana pernah bersama ketika di Perak suatu ketika dahulu.

"Dia juga seorang yang sangat baik dalam dan luar padang," kata Azri.