Ketua jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz, menggesa barisan pemainnya bangkit dalam aksi kelima Liga Super berdepan Kelantan United.

Azzmi mengakui dia dapat melihat peningkatan prestasi 'The Cops' daripada satu perlawanan ke satu perlawanan namun masih banyak aspek yang perlu diperbaiki terutamanya proses bertindak sebagai satu unit.

Ketika ditanya mengenai ketiadaan kelibat penjaga gol utama, Ramdhan Abdul Hamid yang terpaksa diketepikan akibat kad merah ketika aksi berdepan Terengganu, Azzmi percaya penjaga gol simpanan PDRM mampu menggalas tanggungjawab untuk perlawanan di Stadium MBPJ Sabtu ini.


Ketiadaan Ramdhan menyaksikan kemungkinan besar Wilfred Jabun bakal diturunkan bagi mengawal benteng terakhir Sang Saka Biru.

"Saya akan memberitahu kepada pemain yang bersama pasukan ketika beberapa pemain yang bakal menerima panggilan skuad kebangsaan," kata Azzmi.

"Beraksi di laman sendiri selepas tewas kepada Terengganu tumpuan kami akan mahu mendapatkan tiga mata. Itu adalah sasaran utama ketika beraksi di laman sendiri."