ATHLETIC BILBAO 2 ATLETICO MADRID 0

Atletico Madrid terlepas peluang memperkukukan kedudukan dalam kelompok empat teatas selepas tewas 0-2 kepada Athletic Bilbao awal pagi tadi, sekali gus berisiko terlepas slot ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Pada hari Atletico menyaksikan gelaran LaLiga yang dimenangi mereka musim lalu dirampas Real Madrid, pasukan bimbingan Diego Simeone itu beraksi pincang dan dihukum seawal minit ke-10 selepas Mario Hermoso tertolak masuk lintangan Inaki Williams ke gawang sendiri.

Williams, yang berterusan menjadi ancaman buat Atletico, memastikan pungutan tiga mata buat Bilbao dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-56 selepas Hector Herrera menjatuhkan Iker Muniain.

Atletrico masih kekal di tangga keempat selepas kekalahan itu tetapi pasukan di tangga kelima, Real Betis, berpeluang mengecilkan jurang kepada satu mata seandainya dapat menewaskan Getafe awal pagi Selasa ini.