Le Classique diletakkan dalam kategori yang sama dengan El Classico. Satu pertarungan di antara PSG dan Marseille yang merupakan salah satu perlawanan bola sepak paling besar dan sengit di dunia.

Pertemuan di antara kedua kelab ini diklasifikasikan sebagai pertemuan berisiko tinggi sekali gus menyebabkan 'away fans' tidak dibenarkan hadir ke Stade Velodrome, lokasi di mana perhitungan ini berlaku.






Jumlah nilai pemain-pemain Marseille hanya sebanyak €166m, empat kali ganda lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah nilai pemain-pemain PSG, iaitu €668m telah berjaya mengutip satu mata dari perlawanan tersebut di mana terdapat seorang pemain Marseille memaparkan aksi cemerlang dan berjaya menyimpan Mbappe dan penyerang-penyerang berstatus tinggi dari PSG yang lain, di dalam poketnya secara kemas.

Kita berbicara tentang William Saliba di sini.

Apabila Marseille dan PSG terikat di dalam situasi 0-0, Lionel Messi ternampak satu ruang kosong dan dengan pantas membuat hantaran ke Mbappe dan Mbappe terus membuat gerakan kilat ke arah gawang yang dipagar oleh Pau Lopez. Pada saat tersebut, kemungkinan untuk PSG mendapatkan tiga mata cukup jelas dan sedia dihadiahkan oleh Mbappe untuk Pochettino.

Tetapi hajat di hati tidak kesampaian.

Kecekapan Saliba membuat 'tackle' yang cukup kemas dan bersih terhadap Mbappe membantutkan serangan tersebut lantas menjadikan Saliba sebagai hero untuk pasukan Marseille pada malam minggu tersebut.






Penyokong bola sepak berkali-kali melihat bagaimana 'tackle' itu dilakukan kerana ia cukup menakjubkan, jikalau kita mengambil kira Saliba hakikatnya boleh mengatasi kelajuan pemenang Piala Dunia tersebut.

Statistik individual Saliba dari Le Classique itu sendiri hangat diperkatakan dikalangan pengikut bolasepak, terutamanya di kalangan penyokong kelab bola sepak Arsenal. Saliba kini sedang dipinjamkan oleh kelab Arsenal ke Marseille dan menunggu saat-saat genting di mana dia akan menerima panggilan dari Arteta untuk sedia berkhidmat untuk Arsenal di Liga Perdana Inggeris.

Saliba melengkapkan 96 peratus hantaran, memenangi enam pertarungan di udara, tanpa melakukan sebarang foul sepanjang perlawanan itu berlangsung. Jangan lupa! Kita perlu mengambil kira bahawa Saliba berhadapan dengan pasukan PSG yang dilengkapi oleh Angel Di Maria, Neymar, Mbappe dan Messi di bahagian serangan dari awal perlawanan.

Saliba berasakan ini merupakan perlawanan terbaik dalam karier beliau sesungguhnya membawa seribu satu makna. Arsenal membawa masuk bintang Saint-Etienne dari Perancis ini pada tahun 2019 tapi masih belum mendapat peluang untuk beraksi dengan pasukan senior Arsenal hingga ke hari ini. Saliba terus-menerus diletakkan di bawah takuk pinjaman ke Saint-Etienne untuk seketika sebelum ke OGC Nice dan kini berada di Marseille.

Sebahagian penyokong Arsenal yang mengikuti perkembangannya dengan rapat mempersoalkan 'timeline' Arteta yang sesuai untuk memanggil Saliba kembali berkhidmat dengan kelab sebenar beliau.





Walaupun baru berumur 20 tahun, setiap kelab yang telah memperoleh faedah dari servis pemain ini hanya mempunya kata-kata yang baik untuk Saliba, sama ada dari segi persembahan di atas padang, 'attitude' di 'training' dan 'dressing room', Saliba merupakan seorang pemain berkaliber dari segala aspek dan tanpa ragu-ragu boleh membantu memperkuatkan benteng pertahanan Arteta meskipun dengan kehadiran Gabriel dan Ben White pada saat ini.

Mungkin Arteta boleh mengikut sedikit sebanyak jejak langkah Klopp dengan menggunakan sistem pertukaran antara setiap 'centreback' yang ternyata efektif, jikalau ada niat untuk membawa Saliba balik ke Arsenal.

Sebalik mengambil jalan senang untuk menjual Saliba atas sebab mungkin dia tidak cukup layak bertanding dengan Ben White mahupun Gabriel untuk posisi 'centre-back' yang utama, Arteta boleh mempertimbangkan pilihan untuk menyimpan Saliba sebagai sandaran benteng pertahanan yang padu.

Berbalik kepada situasi Liverpool, walaupun Joe Gomez, Joel Matip dan Van Dijk sudah cergas dan bersedia untuk beraksi untuk kempen 21/22, Liverpool masih memilih untuk membawa masuk antara salah satu pemain pertahanan yang berpotensi tinggi di Eropah, iaitu Ibrahima Konate.

Klopp berupaya untuk mengubah 'defensive partnership' untuk setiap centreback dalam pasukan Liverpool untuk setiap perlawanan yang berlainan, seterusnya menjanjikan keputusan dan persembahan yang maksima dari kesemua pemain pilihan beliau.

Formula ini ternyata akan membuahkan hasil jikalau Arteta memilih untuk membawa Saliba kembali untuk musim hadapan. Untuk saling bertukar partnership di antara Gabriel, Ben White dan Saliba merupakan pilihan paling logik setakat ini, untuk sebab-sebab tertentu.

Sistem daya saing yang sihat untuk sentiasa memburu posisi utama dalam pasukan hanya akan memberikan kelebihan kepada pengurus dan pasukan itu sendiri, terutamanya apabila ada sesetengah pemain yang kadangkala akan struggle dengan 'form' mereka dalam perlawanan tertentu, sepanjang musim ini berlangsung.

Persoalannya, adakah William Saliba akan menjadi pilihan Arteta untuk musim akan datang?

Kredit imej: Daily Express