Arsenal melonjakkan peluang untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-2 ke atas Watford selepas Bukayo Saka membintangi perlawanan yang menghasilkan lima jaringan gol.

Martin Odegaard membuka jaringan seawal minit kelima, sebelum pemian Watford, Cucho Hernandez, melakukan jaringan yang cukup cemerlang bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-11.

Saka yang tampil beraksi cemerlang berjaya mengembalikan kelebihan sebelum Gabriel Martinelli memastikan tiga mata berjaya diperoleh pada separuh masa kedua. Moussa Sissoko berjaya mengurangkan defisit jaringan namun gagal meraih sebarang mata dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal kekal di tangga keempat dengan 48 mata selepas 25 perlawanan, menjelang perlawanan berikutnya bertemu Wolves.