Eden Hazard tidak memiliki perancangan lain dan bakal terus kekal bersama Real Madrid, perkara itu telah disahkan oleh pengurus Los Blancos, Carlo Ancelotti.

Pemain kebangsaan Belgium, Hazard, bergelut di Santiago Bernabeu sejak melengkapkan perpindahan dari Chelsea pada Jun 2019, dengan kecederaan serta masalah kecergasan menjadi faktor penghalang penyerang itu.

Hazard sekadar turun tujuh kali bersama kesebelasan utama dalam 17 penampilan saingan LaLiga dan bermain hanya 688 minit musim ini ketika Real meraih gelaran liga buat kali ke-35.

Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu kelihatan masih lagi sebagai pilihan rakan sepasukan selepas dialu-alukan meraih kejayaan LaLiga dan kemenangan separuh akhir Liga Juara-Juara ke atas Manchester City.

Ancelotti, yang bercakap sebelum kunjungan ke Cadiz, menjelaskan keinginannya untuk mengekalkan Hazard di Madrid.

"Hazard akan kekal dan memiliki semangat motivasi yang tinggi. Dia mahu menunjukkan kualitinya. Perancangannya jelas, dia akan kekal," kata Ancelotti.

Ditanya jika Hazard akan membuat penampilan di Cadiz ketika Ancelotti sedang merehatkan beberapa pemain utama untuk final UCL dengan Liverpool pada 28 Mei, dia berkata, "Saya juga berfikir sedemikian. Dalam skuad seperti Real, banyak perlawanan yang perlu dihadapi.

"Kami akan cuba memberikan masa dan peluang buat semua. Turun dalam skuad utama akan menjadi rumit. Buat semua, bukan kepada mereka yang kurang beraksi.

"Saya berasakan bilik persalinan pasukan ini memiliki tahap yang cukup tinggi. Profesional, tiada sesiapa yang sombong di sini. Semua cukup merendah diri dan saling menghormati. Ia adalah bilik persalinan yang memiliki perwatakan yang berkualiti.

"Bukan mudah untuk mencari persalinan seperti ini."