Susulan kemenangan dramatik 4-3 Manchester United ke atas Liverpool dalam saingan suku akhir Piala FA Inggeris.

Penjaring gol kemenangan, Amad Diallo sifatkan gol itu merupakan gol terbaik dalam kariernya dan dia juga mengaku terlupa dia sudah mempunyai kad kuning sebelum dilayangkan kad merah akibat membuka baju untuk meraikan golnya itu.

"Saya terlupa dengan kad kuning pertama itu dan agak kecewa selepas mendapat kad merah, namun saya sangat gembira dengan kemenangan yang kami dapat hasil jaringan saya," kata Amad Diallo.

Rakan sepasukan Amad, Marcus Rashford, sifatkan Amad layak diberi lebih lagi masa permainan susulan usaha dan prestasinya ketika ini.

"Saya sangat gembira buat dia, dia berusaha untuk melakukan yang terbaik tahun ini namun dia hanya tidak dapat peluang sahaja," kata Marcus Rashford.