Allee Putra Azril sedang mempertimbangkan tawaran ke Amerika Syarikat (AS) selepas hampir setengah tahun berkelana le akademi Sepanyol, FC Malaga City.

Pemain tengah berusia 16 tahun itu antara pemain Malaysia yang sedang mengasah bakat di akademi Eropah berkenaan.

"Saya menunjukkan banyak peningkatan daripada segi teknikal (sejak berlatih di sini).

"COVID-19 lebih kurang sama di Malaysia, SOP ( prosedur operasi standard) termasuk perintah berkurung yang bermula 10 malam.

"Latihan di sini juga diadakan secara spesifisik dan tidak boleh pergi sesuka hati.

"Mengenai tawaran ke AS, jawapannya bergantung kepada ibu bapa.

"Saya sendiri pun tidak tahu sejauh mana kesahihannya, lagipun Malaga ada bekerjasama dengan ramai pemain dari AS.

"Apapun saya sedang menantikan jawapan muktamadnya," kata anak jati Kelantan itu ketika muncul dalam Nadi Weekend sebentar tadi.

? Here's your #FCMC U18s and U17s starting line-ups for today's clash in Nerja. Presented by Herbalife Nutrition ? Watch Live ? fcmalagacity.com/live

Posted by FC Malaga City Academy 'Pro Season' on Thursday, February 11, 2021


Allee Putra antara empat pemain remaja negara yang mendapat peluang berlatih di akademi berkenaan termasuk Saurav Singh yang diserap ke dalam skuad B-19 akademi terbabit sejak Disember lalu.

"Dua lagi rakan senegara merupakan teman sepasukan sementara seorang lagi pemain B-19. Saya bangga seorang lagi pemain dari Malaysia itu. ia kemajuan dalam bola sepak kita."