Pemain tengah Sepanyol, Thiago Alcantara, berwaspada dengan kejutan di Albania menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2018.

Pemain Bayern Munich itu merupakan pemain gantian ketika Sepanyol seri 1-1 dengan Itali pada Khamis, kini La Roja sedang membuat persiapan untuk berkunjung ke Shkoder.

Walaupun pasukan pelawat adalah pilihan untuk meraih tiga mata penuh, Albania hampir melakukan kejutan untuk mara ke pusingan kalah mati Euro 2016 dan Thiago menjangkakan satu pertembungan yang sengit.

"Tahap bola sepak yang semakin meningkat menyaksikan mana-mana pasukan mampu melakukan kejutan," jelas Thiago.

"Kami akan tetap bermain dengan cara kami, kami telah mempelajari gaya permainan Albania dan bersedia untuk berdepan mereka.

Penjaga gol, David De Gea, memberikan sokongan kepada penyerang, Diego Costa, untuk kembali menemui sentuhan gol, selepas meledak dua gol dalam aksi pembukaan bertemu Liechtenstein.

"Saya berpendapat cara Diego bermain bersama Sepanyol sama seperti bersama Chelsea, dia mampu menjaringkan banyak gol."