LITHUANIA 0 ENGLAND 1

Gareth Southgate terpikat dengan Harry Kane selepas kapten The Three Lions itu membuktikan kebolehannya ketika mencipta kemenangan dalam aksi terakhir saingan kelayakan Piala Dunia bertemu Lithuania.


Berdepan aksi penting bertemu Slovenia, Kane dipilih untuk mengetuai England bagi memastikan mereka mara ke Piala Dunia dan sekali lagi muncul sebagai watak utama ketika bertemu Lithuania, dengan menjaringkan gol kemenangan dalam kedua-dua perlawanan.

Southgate masih lagi belum memilih kapten tetap selepas persaraan Wayne Rooney daripada perlawanan antarabangsa, dengan Kane dan pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson, sebagai pilihan utama.

Walaupun Southgate belum mengesahkan sama ada Kane akan mengetuai England dalam saingan Piala Dunia tahun depan, beliau menjelaskan bahawa pemain berusia 24 tahun itu terus membuktikan kebolehannya dengan mencipta jaringan untuk pasukan.

"Sangat penting untuk Kane menjaringkan gol dan mengetuai jentera serangan," kata Southgate.

"Kami memerlukan sifat itu dan dia telah berjaya memikat hati saya dengan persembahannya."