Penyerang Sri Pahang FC, Sergio Aguero, mengakui bukan mudah untuk dirinya bangkit mendapatkan semula keyakinan diri selepas tidak beraksi di pentas Liga Malaysia musim lalu.

Aguero tetap percaya, usaha sesekali tidak akan pernah mengkhianati hasil.

"Setakat ini, persiapan pasukan berjalan dengan baik. Kami telah mula menjalani latihan sejak Disember dan beberapa perlawanan pramusim berdepan kelab-kelab Thailand dan percaya mampu menghasilkan permainan yang lebih baik bagi musim baru," kata Sergio Aguero.

"Dengan barisan skuad Sri Pahang bagi musim 2023, kami percaya mampu menghadirkan semula kegembiraan untuk penyokong.

"Saya terlepas keseluruhan musim lalu, namun kini sudah bersedia untuk kembali menghadirkan ke tahap terbaik dan mahu membuktikan saya masih lagi relevan di kancah Liga Malaysia."