Liga Bolasepak Amatur (AFL) memberi amaran kepada Kelantan The Red Warriors agar ambil serius penyertaan dalam Liga A1 Semi Pro musim ini dengan bebas daripada sekatan perpindahan pemain.

Pengerusinya Datuk Wira Yusoff Mahadi menegaskan pemilik TRW Norizam Tukiman atau Zamsaham perlu membentuk skuad yang mampu bersaing walaupun beraksi dalam Liga Separuh Profesional.

Kelantan tidak dapat menandatangani pemain baru untuk mengharungi cabaran dalam Liga A1 kerana dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh FIFA gara-gara isu tunggakan gaji.

Ini bermakna skuad yang kini dibimbing Manja Man itu hanya boleh mendaftarkan pemain sedia, namun difahamkan mereka tidak mempunyai pemain yang mencukupi iaitu minimum 20 pemain.

"Beliau telah berjanji untuk menyelesaikan sekatan pembelian yang dikenakan terhadap FIFA kepada pasukannya itu dan kita memberi tempoh sehingga 8 Mei untuk selesaikan masalah ini agar boleh beli pemain baru.

"Dia perlu anggap ini sebagai peluang kedua untuk membina semula pasukan Kelantan dan saya harap dia serius.

"Saya tidak mahu Kelantan menjadi pasukan belasahan malah di Liga Semi Pro pun menjadi pasukan belasahan kerana tidak dapat membeli pemain baru." katannya kepada Nadi Arena.