Maghribi layak ke pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika selepas jaringan Selim Amallah dan Zakaria Aboukhlal memastikan kemenangan 2-0 ke atas Comoros semalam.

Amallah membuka jaringan dalam separuh masa pertama di Ahmadou Ahidjo Stadium dan Aboukhlal menggandakan jaringan di penghujung permainan ketika Atlas Lions merakamkan dua kemenangan daripada dua perlawanan berikutan kemenangan ke atas Ghana dalam aksi pembukaan, memastikan tempat ke peringkat kalah mati.


Nayef Aguerd hampir menggandakan pendahuluan Maghribi sebelum rehat separuh masa apabila dia menanduk hantaran Sofiane Boufal menerusi sepakan sudut namun sekadar menggegarkan palang.

Ben Boina cuba mempertahankan benteng akhir Comoros namun percubaan Aboukhlal pada minit ke-89 menggandakan kelebihan lawan, menyaksikan Comoros mengalami kekalahan kedua.