Kecundang dalam perlawanan persahabatan menentang Sabah bukan gambaran sebenar prestasi pasukan Sarawak, kata jurulatihnya, David Usop.

Dia sebaliknya tetap optimis akan ada hasil daripada tiga pertemuan tersebut.

"Banyak perkara baru yang berjaya diperoleh, digali dan dipelajari dalam aksi bulan puasa ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah David, prestasi sebenar anak buahnya, terutama pemain muda, dapat dilihat sepanjang aksi tersebut.

"Ada juga pemain yang berhadapan trauma, setelah bas yang dinaiki mereka berhadapan kemalangan maut. Ia sedikit-sebanyak mengganggu emosi, rentak dan persembahan mereka."

Sarawak tumpas dalam ketiga-tiga aksi di Kota Kinabalu minggu lalu.

Dalam aksi pertama, Sarawak kecundang 1-2 manakala skuad Piala Presidennya menenggelamkan aksi bawah 21 tahun Ngap Sayot dengan jaringan besar 1-6.

Dalam perlawanan terakhir pula, anak-anak buah David lemas 2-3 menerusi jaringan pada minit akhir.

"Saya berharap mereka akan mendapat pengajaran di sebalik kekalahan-kekalahan ini. Maknanya, mereka tidak harus memandang mudah cabaran setiap perlawanan yang dilalui.