Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) berkata pasukannya tidak akan berhenti untuk mengimpikan sesuatu yang mustahil selepas melakar sejarah layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) semalam.

Wakil negara itu muncul pemenang Kumpulan I selepas menewaskan pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai, 2-1 di Stadium Sulan Ismail, Iskandar Puteri.

Secara keseluruhan, JDT menamatkan saingan peringkat itu dengan 13 mata, dua mata mengatasi kelab nombor satu Asia, Kawasaki Frontale, dan tiga mata di depan Ulsan.

Mora, dalam respons segeranya selepas kemenangan itu berkata: "Inilah bola sepak. Terima kasih kepada penyokong, terima kasih kepada TMJ (Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kerana menjadikannya satu kenyataan dan terima kasih juga kepada pemain.

"(Kejayaan) ini untuk mereka, ini untuk negeri ini, untuk pemain, untuk keluarga dan untuk TMJ.

"Kami tidak boleh berhenti di sini, kami akan memberikan segala-galanya.

"Itulah yang kami lakukan, jika anda percaya anda boleh melakukannya, jika anda percaya anda mampu mencipta dan mencapainya.

"Jadi, kami tidak boleh berhenti bermimpi dan mencapai impian kami dan percaya akan segala-galanya.

"Segalanya boleh berlaku jika kita meletakkan suluruh jiwa dan raga.

"Kerana itulah saya menjadi jurulatih, kerana kegilaan ini.

"Saya juga terhutang budi kepada keluarga saya yang sentiasa menyokong saya," katanya.



*Kredit foto: Johor Southern Tigers