Terengganu FC akan membuka kempen Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2024 yang diberi nafas baru itu dengan berdepan cabaran BG Pathum United FC, PSM Makassar FC, Dong A Thanh Hoa FC dan pemenang play-off satu dan dua.

Terengganu diundi dalam Kumpulan A dalam kempen yang mengandungi 32 pasukan dan dijangka bermula September itu, sementara Kuala Lumpur (KL) City pula dalam Kumpulan B yang turut menempatkan Lion City Sailors, Kaya FC—Iloilo, Borneo, Cong An Ha Noi dan Buriram United.

ACC merupakan kejohanan peringkat ketiga Asia selepas Kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elit dan ACL2.