Bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, dinobatkan sebagai pemenang gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) buat kali ketiga berturut-turut sebentar tadi.

Di sebalik penguasaan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam ABK kali ini, Arif Aiman secara keseluruhan menggondol lima anugerah, iaitu Anugerah Pemain Muda Terbaik, Penyerang Terbaik, Gol Terbaik (menentang Perak dalam separuh akhir Piala Malaysia) dan berkongsi Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super bersama penyerang Selangor, Faisal Halim.

Dalam pada itu, JDT kekal dinobatkan sebagai pasukan terbaik bagi musim 2023 sambil pemainnya, Bergson da Silva, dipilih sebagai pemain import terbaik manakala Afiq Fazail dinobat pemain tengah terbaik dan Syihan Hazmi Mohamed pula meraih Anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Selangor, selain Faisal Halim, turut meraih dua anugerah lain, iaitu jurulatih terbaik (Tan Cheng Hoe) dan penjaring terbanyak Liga Super (Ayron del Valle).

Terengganu, dalam pada itu, memenangi Anugerah Fair Play dan pemainnya, Azam Azmi Murad, dinobatkan sebagai pertahanan terbaik.

ABK23 buat julung kalinya disiarkan secara langsung di Astro Arena 2 saluran 802.