Pasukan bimbingan Xavi itu tercicir ke saingan divisyen kedua Eropah berkenaan buat musim kedua berturut-turut selepas gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) selepas menamatkan saingan di belakang Bayern Munich dan Inter.
It's set! ?
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) November 7, 2022
Which tie are you looking forward to most?#UELdraw pic.twitter.com/OvquVAv4rL
United pula menduduki tempat kedua dengan juara satu mata di belakang Real Sociedad di peringkat kumpulan Liga Europa.
Mereka perlu membayar harga mahal memandangkan Barca boleh dikatakan antara pencabar paling sukar tatkala La Real mengesahkan kemaraan ke pusingan 16.
Juventus pula mungkin dapat menarik nafas lega apabila diundi bertemu wakil Ligue 1, Nantes.
Keputusan play-off kalah mati:
Barcelona lwn Manchester United
Juventus lwn Nantes
Sporting CP lwn Midtjylland
Shakhtar Donetsk lwn Rennes
Ajax lwn Union Berlin
Bayer Leverkusen lwn Monaco
Sevilla lwn PSV
Salzburg lwn Roma