Alexander Zverev meraih gelaran keempat buat tahun ini selepas meraih kemenangan straight set ke atas Kevin Anderson dalam aksi final Terbuka Citi.

Zverev telah meraih gelaran di Montpellier, Munich dan Rome tahun ini dan sekali lagi mempamerkan persembahan cemerlang dengan kemenangan 6-4, 6-4 ke atas Anderson, semalam.

Kemenangan seakan-akan sudah dilihat menjadi milik pemain pilihan kelima kejohanan itu, dengan Zverev tidak perlu menampilkan persembahan baik untuk menewaskan Anderson dalam tempoh 70 minit di Washington.

Dengan ketiadaan juara dunia kali, Novak Djokovic, dan juara bertahan, Stan Wawrinka, tidak terlibat untuk beraksi dalam Terbuka AS kerana mengalami kecederaan, Zverev dilihat sebagai salah seorang pencabar bagi saingan Grand Slam terakhir musim ini.

Anderson yang memiliki servis pantas mampu dibaca oleh Zverev di awal permainan sebelum pemain dari Jerman itu meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 6-4.