Juara WWE, AJ Styles berjaya menongkah cabaran getir dengan mempertahankan kejuaraannya di acara WWE Fastlane pagi tadi.

Berdepan lima jaguh utama yang bukan calang-calang iaitu juara dunia 16 kali John Cena, Kevin Owens, Sami Zayn, Baron Corbin dan Dolph Ziggler, AJ nyaris kehilangan bengkung kejuaraannya apabila semua penggusti bebas untuk menindan sesiapa dalam perlawanan yang juga tiada sekatan undang-undang tersebut.

Malah, Owens dan Zayn juga hampir-hampir bergelar juara apabila tindanan pin yang mereka lakukan menghampiri ke angka tiga, namun dinafikan oleh Pesuruhjaya Smackdown Live, Shane McMahon yang memantau di tepi gelanggang.

‘The Lone Wolf’ Baron Corbin juga dilihat garang apabila menggunakan tangga besi sebagai senjata bagi melemahkan lawan masing-masing. Manakala AJ pula terhempas kuat di atas meja pengulas akibat bantingan Attitude Adjustment daripada John Cena.

Harapan Cena untuk ke Wrestlemania juga menemui jalan buntu apabila dikeronyok beramai-ramai oleh penggusti lain dan menerima Pop-Up Powerbomb daripada Owens.

Belum sempat bintang Kanada itu melakukan tindanan, AJ bangkit semula ke atas gelanggang lantas menghadiahkan gerakan Phenomenal Forearm tepat ke muka Owens, seterusnya menyelesaikan tiga tindanan pin dan diisytiharkan sebagai juara bertahan.

Kemenangan ini pastinya menggembirakan WWE Universe kerana hasrat untuk menyaksikan pertembungan epik antara AJ Styles dengan Shinsuke Nakamura bagi Kejuaraan WWE akan menjadi realiti.

Untuk rekod, kedua-dua bintang ini pernah menghasilkan perlawanan bertaraf lima bintang beberapa tahun lalu di Jepun, dan kini mereka berpeluang untuk mengulangi semula sejarah di acara WWE Wrestlemania pada 9 April depan.

Keputusan lain:
1. Breezango & Tye Dillinger kalahkan Mojo Rawley, Chad Gable & Shelton Benjamin di perlawanan sepak mula
2. Shinsuke Nakamura tewaskan Rusev
3. Randy Orton bergelar Juara Amerika Syarikat buat kali pertama dengan menumbangkan Bobby Roode
4. Natalya & Carmella tumpaskan Carmella & Natalya
5. Perlawanan bagi merebut Kejuaraan Regu Smackdown antara The Usos dan New Day berakhir tanpa pemenang akibat gangguan oleh The Bludgeon Brothers
6. Juara Wanita Smackdown Charlotte Flair pertahan kejuaraan dengan mengecewakan Ruby Riott

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan acaraWWEWrestlemania dan kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro dan Astro Go.

Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.