Rafael Nadal berjaya mengelak kekalahan kepada David Goffin dalam pusingan ketiga Terbuka Perancis, awal pagi tadi.

Pemenang 11 kali itu mencari kemenangan mudah selepas berjaya merakamkan kemenangan set pertama sebelum Goffin mula menampilkan saingan dalam set berikutnya.

Goffin, yang sekadar memenangi 10 mata dalam set pembukaan, bangkit dalam set ketiga dan memaksa Nadal untuk meneruskan permainan melepasi tiga jam di atas gelanggang.

Nadal memperkemaskan servisnya dalam set keempat dan memastikan kemenangan 6-1, 6-3, 4-6, 6-3, kehilangan satu set buat kali kedua dalam di Roland Garros sejak 2015.

Pemain nombor dua dunia itu bakal berdepan lawan dari Argentina, Juan Ignacio Londero, dalam pusingan 16 dan dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk menempah slot ke suku akhir.