Iga Swiatek meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-20 dengan cukup bergaya apabila menewaskan Kaja Juvan bagi memulakan misi mempertahankan kejuaraannya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis dengan sempurna.

Swiatek memenangi gelaran grand slam pertamanya -- dan gelaran pertama di peringkat senior -- di Roland Garros tahun lalu dan pemain pilihan utama itu berada dalam prestasi terbaik apabila meraih kemenangan 6-0, 7-5 dengan penuh berkeyakinan awal pagi tadi.

Selepas bergelar juara di Rome sebelum menuju ke Roland Garros, Swiatek mengekalkan 20 kemenangan berturut-turut tetapi Juvan mula mempamerkan kebangkitannya dalam game kedua set kedua.

Swiatek, bagaimanapun, menyelamatkan dua mata break pada kedudukan 5-5 untuk menamatkan perlawanan itu dengan kemenangan.