Atlet tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan, pula sanggup berkorban demi mencapai misi yang tidak dapat dipenuhi dalam Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil, lima tahun lalu.

Perjuangan Abu Samah yang menduduki ranking ke-132 dunia tamat dalam pusingan pertama temasya lalu apabila ditewaskan oleh pemain ke-13 dunia pada masa itu, Alfie Hewett, yang mewakili Great Britain.

Pengalaman itu tidak menjatuhkan semangatnya, malah dia tingkatkan tahap latihan selain memperbaiki kelemahannya dengan harapan kembali memberikan cabaran lebih sengit.

"Pengorbanan kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini.

"Kali ini kami di kem latihan pusat, kena kuarantian, tidak dapat bersama keluarga selama tujuh bulan.

"Kami menjalani latihan selama enam hari seminggu dan sudah memasuki persiapan akhir untuk menghadapi kejohanan.

"Keamatan, mental dan fizikal saya kini berada di kemuncak," katanya yang mengintai kemaraan ke pusingan ketiga di Nadi Arena sebentar tadi.