Selangor MAC memperkenalkan ketua jurulatih baru dari Brazil, Carlos Alberto De Siqueira Lima Aranha selepas berpisah dengan Marcelo Serpa Coelho.

Perpisahan Marcelo dengan Selangor MAC susulan masih terikat dengan kontrak bersama pasukan di Perancis.

Carlos Alberto yang lebih mesra dipanggil Beto sedia membuktikan mampu meneruskan rentak kecemerlangan di Piala AFF Futsal di Thailand meskipun menyedari bahawa tempoh persiapan hanya berbaki tiga minggu.

Pentas Piala AFF Futsal merupakan peluang berharga bagi Beto untuk membuktikan kemampuan diri sekiranya mahu kekal dengan pasukan Selangor MAC.

Selangor MAC akan menguji kemampuan melalui perlawanan persahabatan dengan kelab terkuat di Thailand, Thammasat Stallion serta Thai Port FC pada 30 dan 31 Ogos sebelum berentap di Arena Nakhon Ratchasima 17 September nanti.

"Saya melihat pemain Selangor MAC memiliki kualiti daripada segi teknikal, mereka juga pasukan terbaik negara ketika ini," kata Carlos Alberto.