Legenda MotoGP, Valentino Rossi, mengambil keputusan untuk bersara pada penghujung musim 2021 selepas karier 26 tahun dalam sukan permotoran.

Juara dunia MotoGP sembilan kali itu mengesahkan ini merupakan musim terakhirnya beraksi di Grand Prix Austria -- di mana pelumba kelahiran Itali itu meraih podium pertama pada 1996 -- semalam.

Selepas tidak lagi bersama Yamaha musim ini, Rossi, yang memenangi 115 perlumbaan Grand Prix dan 235 podium dalam 414 permulaan, mengambil keputusan untuk meneruskan karier bersama Petronas, namun sekadar meraih 17 mata daripada sembilan perlumbaan pertama bagi musim 2021.

Menjelang rehat musim panas, wakil Itali itu dijangka akan mengumumkan perancangan masa depannya dan dia melakukannya dalam sidang media semalam.

"Ia merupakan saat yang paling sedih," katanya. "Sukar untuk mengetahui tahun depan, saya tidak akan lagi berlumba dengan motosikal.

"Ia merupakan perjalanan yang cukup panjang dant telah dinikmati dengan cukup baik. Tahun depan, kehidupan saya akan berubah.

"Ia merupakan keputusan yang sukar tetapi pada penghujung semua sukan keputusan yang membezakan segala-galanya, jadi saya berasakan ini adalah keputusan yang terbaik. Tiada apa yang boleh saya merungut mengenai karier saya."