Pemain golf dari Amerika Syarikat, Brooks Koepka, berasa sangat teruja apabila menjuarai Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat, semalam.

Lebih manis, kejayaan Koepka diraih ketika beraksi di tempat sendiri dan ia adalah kemenangan pertamanya dalam kejohanan utama.

Pemain berusia 27 tahun itu mencatat lima bawah 67 dalam pusingan akhir di Erin Hills untuk meraih kemenangan menerusi empat pukulan mengatasi Hideki Matsuyama dan Brian Harman.

Pencapaian Koepka itu menyamai rekod Rory McIlroy pada 2011apabila mencatat par keseluruhan paling rendah di dalam sejarah kejohanan dan ia sendiri sukar dipercayai oleh Koepka.

“Apa yang saya dapat lakukan pada minggu ini sukar untuk dipercayai,” katanya.

“Saya sangat gembira. Ia seperti sesuatu yang meledak. Anda boleh memukul dengan kuat dan akhirnya masih mampu meraih fairway yang terbaik.

“Ini satu pencapaian besar dalam karier saya. Saya seorang pemukul yang baik dan itu telah terbukti,” ujarnya.

Dalam aksi semalam, Koepka mempamerkan aksi bertenaga apabila melakukan tiga birdie berturut-turut dari lubang 14 hingga 16.