Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin, berasakan Majlis Sukan Negara (MSN) lebih arif dalam membuat keputusan demi memastikan skuad negara meraih pingat dalam Sukan SEA Filipina bulan depan.

Beliau, bagaimanapun, akur dengan keputusan MSN mengekalkan senarai awal atlet dan pegawai ke temasya itu menerusi mesyuarat khas Jawatankuasa Pemilihan semalam.

Kemelut dalaman MASCA dikatakan berpunca daripada percanggahan pendapat di antara presiden itu dan exconya.

Ia mengakibatkan kapten skuad negara, Adam Aris, bertindak menarik diri daripada temasya berkenaan.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.