Pemain Norway itu akan berdepan Daniil Medvedev untuk penentuan ke final selepas merakamkan kemenangan 2-6, 7-5, 7-6 ke atas Rublev dalam masa dua jam 26 minit di Turin.
Ruud sebelum ini tewas kesemua empat pertemuan terakhir dengan Rublev, yang selesa memenangi set pertama sebagai memberikan gambaran bahawa dia akan memperoleh kemenangan 'straight-set' kesembilan dalam rekod pertemuan mereka.
Rublev kemudian semakin selesa apabila memperoleh mata pertama dalam set kedua tetapi Ruud, yang merekodkan 39 winner, bangkit pada penghujung aksi itu untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Pemain berusia 22 tahun itu sekali lagi ketinggalan dalam set ketiga sebelum merapatkan kedudukan untuk mengheret aksi ke penentuan tie break dan mempamerkan servis kencang untuk menyudahkan mata akhir keduanya.
Dengan kemenangan itu, Ruud menamatkan saingan Kumpulan Hijau di tempat kedua di belakang Novak Djokovic manakala Rublev pula terkandas dalam pusingan round-robin buat tahun kedua berturut-turut.
This moment. ?
— ATP Tour (@atptour) November 19, 2021
Live it up, @CasperRuud98. You deserve it! ?#NittoATPFinals pic.twitter.com/jlFAXNgDQv