Juara Asia dua kali, Zaqhwan Zaidi, teruja apabila penganjur Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) mengumumkan kalendar tahun depan.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih menjadi litar untuk saingan pembukaan dan pusingan kedua selain China, Australia dan Thailand turut menjadi sebahagian daripada destinasi kempen perlumbaan ARRC 2021.

Zaqhwan, yang sebelum ini unggul dalam kategori supersport 600cc, kempunan untuk beraksi pada tahun ini kerana ketika pusingan pertama di SIC, Mac lalu, pasukannya Honda Asia Dream Racing menarik diri sebab COVID-19.

Bukan ARRC sahaja, Perlumbaan Jepun juga Zaqhwan turut tidak disertainya.

Azlan Shah Kamaruzaman pula mengintai untuk melakar sejarah menjadi pelumba Malaysia pertama juara kategori Superbike Asia 1000 apabilaia mula diperkenalkan tahun lalu.

"Saya agak kecewa hampir setahun tidak berlumba.

"Kami tidak harap perkara ini boleh jadi tetapi apabila jadual musim depan dikeluarkan, saya berasa positif.

"Saya perlu bersedia dengan segera untuk menjalani persiapan menghadapi kempen 2021.

"Saya perlu menunggang dan mengadakan persiapan daripada segi.

"Baru-baru ini ada perlumbaan diadakan di Australia jadi ia satu kelebihan untuk mereka.

"Saya harap pencabar-pencabar ini tidak menjadi masalah buat saya," katanya ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, hari ini.