Atlet kriket negara, Harinder Sekhon, memahat nama dalam Malaysia Book of Record selepas berjaya membuat "lompatan tertinggi ke atas kotak", hari ini.

Harinder memecah rekod kebangsaan dalam dua kategori iaitu di ketinggian 1. 397 meter dengan 56 lompatan dalam masa seminit.

"Saya tidak fikir bahawa sudah bersedia untuk melakukannya pagi ini. Saya berasa gementar dan menjadi tidak keruan.

"Dalam tempoh beberapa bulan ini, hari ini adalah yang terbaik.

"Ketika PKP, saya terlintas untuk melakukannya sesuatu yang berbeza dan ia bermula empat bulan lalu.

"Saya tidak jangka akan melangkaui 50 lompatan sebenarnya tapi mengambil keputusan untuk meneruskannya dan ia berhasil.

"Bagi saya umur bukan penghalang untuk cergas, ada orang yang berumur 50 tahun masih mampu melakukan tekan tubi dan lari lebih baik daripada saya," katanya.