Skuad goalball negara mencipta kejutan apabila menamatkan rekod tanpa kalah Thailand dengan menewaskan negara jiran itu 9-5 dalam aksi final Sukan Para ASEAN 2017 di MITEC, sebentar tadi.

Malaysia mempamerkan aksi yang kemas sejak awal permainan apabila mendahului 5-2 dalam aksi separuh masa pertama.

Aksi yang berdisiplin dan konsisten akhirnya membuahkan hasil selepas pemain-pemain negara berjaya menambah empat lagi gol untuk kedudukan 9-5, sekaligus mengesahkan emas buat skuad negara.

"Syukur misi kita untuk merampas emas daripada Thailand sejak 12 tahun lalu akhirnya berjaya.

"Saya sangat gembira dengan motivasi atlet negara," ujar ketua jurulatih goalball negara, Abdul Karim Raham.

Gambar kredit: Twitter @myTeamMAS