Atlet gimnastik negara, Tan Fu Jie, optimis kembali beraksi secepat mungkin walaupun baru sahaja selesai menjalani pembedahan pinggul.

Pakar acara kekuda berpelana dalam dua edisi Sukan SEA sebelum ini menderita kecederaan hingga terpaksa menjalani pinggul.

Bagaimanapun, ia tidak melunturkan semangatnya apabila tetap memberi tumpuan kepada latihan selain proses pemulihan menjelang persiapan temasya di Hanoi, Vietnam, tahun depan.

"Pemulihan saya berjalan lancar.

"Saya dinasihatkan agar tidak banyak bergerak dan berehat di atas katil.

"Saya menjalani program pemulihan dan dalam masa yang sama berusaha menguatkan kekuatan bahagian atas badan.

"Menurut doktor, saya hanya boleh kembali berlatih seperti biasa dalam tempoh riga hingga empat bulan lagi," katanya kepada Astro Arena.