Pengurus England, Gareth Southgate, menjelaskan tindakannya mengeluarkan pemain gantian, Jack Grealish ketika menang dalam separuh akhir Euro 2020 adalah demi memperkuatkan barisan pertahanan England.

Grealish dibawa masuk sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua namun dikeluarkan selepas 35 minit diperkenalkan dalam perlawanan.

Southgate mahu mempertahakan kelebihan England ke ata Denmark dengan membawa masuk Kieran Trippier menggantikan pemain Aston Villa itu pada permulaan separuh masa kedua masa tambahan. Southgate menjelaskan menerusi Metro, "Dia beraksi dengan baik -- dia memahaminya, dia telah bermain dengan cemerlang, memberikan pasukan momentum. Tetapi kami mengetahui Denmark melancarkan serangan dengan empat pemain jadi kami perlu lebih ampuh di benteng pertahanan."

Pengurus England itu mengekalkan Raheem Sterling sepanjang perlawanan bagi menggunakan kepantasannya sebaik mungkin dan berkata lagi, "Saya mahu kekalkan kelajuan Sterling untuk pasukan jadi saya perlu mengeluarkan beberapa pemain."



Bekas penyerang Arsenal, Ian Wright, yakin pasukan harus menjadi keutamaan sebelum individu kerana tujuan keseluruhan Southgate adalah untuk memimpin England ke final Euro 2020. Wright berkata:

"Saya memahami Jack Grealish; anda dapat melihat ia adalah pertandingan yang dia mahu menjadi pemain yang berpengaruh kepada pasukan namun ia tidak memihaknya. Sukar menerima apabila anda beraksi sebagai pemain gantian dan digantikan pula dengan pemain lain. Tetapi ia adalah mengenai pasukan dan menjadi sebahagian daripadanya."



Gareth Southgate telah menerima banyak kritikan kerana tidak menurunkan Grealish dengan kerap sepanjang Euro 2020. Perancang Aston Villa itu hanya turun sekali dalam kesebelasan utama ketika bertemu Czech Republic dalam peringkat kumpulan.

Bagaimananpun, Grealish beraksi cemerlang dalam Euro 2020. Pemain berusia 25 tahun itu memberikan impak positif ketika hadir sebagai pemain gantian bertemu Croatia dan Jerman.