Ketua jurulatih Belanda, Frank de Boer, lega perpindahan Memphis Depay ke Barcelona telah selesai, kerana ia membebaskan gangguan persiapan saingan Euro 2020.

Barca mengesahkan Sabtu lalu bahawa pemain berusia 27 tahun itu telah bersetuju dengan perjanjian dua tahun di Camp Nou yang akan dilangsungkan secara rasmi apabila kontrak bersama Lyon berakhir akhir bulan ini.

Masa depan Depay elah menjadi topik perbincangan hangat menjelang dua perlawanan pertama Euro 2020 Belanda -- yang berkesudahan dengan kemenangan 3-2 ke atas Ukraine dan 2-0 ke atas Austria.

De Boer kini mahu Depay mempamerkan aksi terbaik dan berharap penyerang itu akan menjadi lebih baik selepas menyertai gergasi Catalan itu.

"Kami semua mahu peningkatan daripadanya," kata De Boer.

"Ini melegakan apabila perpindahannya ke Barcelona telah selesai, dan mungkin ia dapat memberikannya sesuatu yang lebih baik kepada pasukan di peringkat yang lebih tinggi.

"Kami memerlukan Memphis beraksi di tahap terbaik untuk mencapai sejauh mungkin dalam kejohanan ini. Kami yakin dan dia juga begitu.

"Dia tahu apa yang dia mahukan, itulah sebabnya mengapa dia pemain istimewa untuk kami."