Sesi latihan England bagi menghadapi Euro 2020 hari ini menerima kejutan apabila sebuah pesawat dilihat terbang di atas padang latihan mereka di St George's Park.

Pesawat itu membawa sepanduk yang menawarkan petua taktik kepada tuan rumah untuk perlawanan menentang Croatia di Stadium Wembley, malam esok.

The Three Lions akan menentang Croatia pada Ahad petang di Wembley dalam pertembungan pertama Kumpulan D.

England pasti akan membalas dendam terhadap pasukan menyingkirkan mereka dalam Piala Dunia 2018, lantas peminat cuba menghulurkan bantuan tersendiri.





Sepanduk yang memaparkan mesej buat Gareth Southgate dan skuad kendaliannya yang terdiri daripada 26 pemain itu berbunyi: 'Sebilangan besar gol Croatia datang dari arah kiri'

Jadi ia bukanlah satu kebetulannya terhadap tindakan Southgate yang menamakan empat bek kanan dalam skuadnya.

Pembantu kepada Gareth Southgate, Steve Holland, yakin The Three Lions perlu mendapatkan keseimbangan tepat, bukannya mengetengahkan barisan fantasi.

"Argentina mempunyai Paulo Dybala, Angel Di Maria, Sergio Aguero, Gonzalo Higuain, Messi," kata Holland.

"Icardi sebaliknya tidak tersenarai. Oleh itu, jika anda mempunyai bakat yang luar biasa tetapi masih tersingkir dalam pusingan 16. Ini bukan bola sepak fantasi."

Menurutnya lagi: "Memang mudah untuk digambarkan tetapi kami tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan empat atau lima pemain seperti itu serentak.

"Ia terbukti bahawa anda tidak boleh meletakkan terlalu ramai pemain seumpamanya, anda tidak akan menjelmakan prestasi terbaik individu.

"Andai menurunkan hanya segelintir sahaja, mereka mampu menyerlah.

"Jadi cabaran kami jelas: kami harus mencari keseimbangan yang tepat."